|
|
| Tuesday, 24-Jun-2008 01:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
I'm MOVING
|
|
Assalamualaikum wbt .
Saya telah berpindah . Lawati laman rasmi saya unuk update terkini di :
www.pesonasenifoto.com
Jumpa di sana ye .......
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-Nov-2007 04:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Ini
|
|
: : M A A F : :
terlalu S I B U K
* Sedekahkan AL-Fatihah buat Allahyarhamah Mak Long saya yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat lepas ......
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 14-Nov-2007 05:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sebidang Tanah - Seribu Rumpun
|
|
Dah lama tak update since raya . A bit BZ . Banyak nak cerita , tapi tak banyak masa untuk diceritakan . Banyak yang dipelajari , tapi belum ada masa untuk mengajar yang ingin mengetahui . Lepas raya aku terus sibuk dengan shooting , dari wedding ke model shooting and dengan projek terbaru with TAKTEH team , shooting for Chinesse Wedding .
Just want to share with u all , it's a very good experience for me and a special big thanks to Shaliza from TAKTEH for the golden chance . Malaysia dah memang terkenal dengan kepelbagaian rumpun bangsa yang duduk di atas tanah yang sama , MALAYSIA !
Chinese Wedding berlainan dengan wedding-wedding Melayu yang pernah aku cover , Even ada sesetengah ritual yang hampir sama perjalanannya , but still boleh terasa kepelbagaian antara satu kaum dengan satu kaum lain . The best part in Chinese Wedding for me is bila guy perlu melalui tol sebelum berjumpa pasangannya . The moment is priceless dengan ketawa dan keriangan .
I am looking foward to cover Indian Wedding ....... hopefully there will be a chance for me one day .
Hafiz - Apit
Photographer & Designer
Pesona Senifoto
+60125093750
http://pesonasenifoto.fotopages.com
: duracoza
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Oct-2007 14:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Yang "TERINDAH"
|
|
Ramadhan telah meninggalkan kita . Kunjungan Syawal memberikan kita seribu makna, tangan dihulur dan maaf dipinta menambahkan lagi seribu makna Syawal pada diri kita . Begitu juga aku , tahun ini Syawal yang tiba merupakan "Syawal Yang Terindah" buat kami sekeluarga.
Dalam tak sedar , Syawal kali ini berkemungkinan adalah Syawal kami yang terakhir kami bersama bagi 2-5 tahun akan datang . Kali terakhir kami beraya bersama ketika angah belum melanjutkan study di Al-Azhar , Mesir . Tahun depan angah sekali lagik akan terus mencari ilmu di bumi Mesir untuk tahun-tahun berikutnya . Fatin plak , InsyaAllah akan terbang ke Amerika Syarikat tahun hadapan mencari ilmu . So , Syawal 2-5 tahun yang akan datang terpaksa la disambut tanpa Angah & Fatin .
Syawal tahun ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah di rumah , Alhamdulillah di imamkan oleh ayah . Sesudah keheningan subuh dipecahkan oleh bacaan doa ayah , ayah mengalirkan air mata memberi nasihat kepada kami , anak-anak . Deraian air mata emak membuatkan kami bertambah sayu tatkala ayah tak henti-henti menyampaikan nasihat dan merayu agar kami bersatu walau apa jua yang terjadi nanti . Aku selaku yang sulong diminta memastikan ikatan kami sentiasa berkekalan walau tanpa ayah & emak .
Syawal kali ini aku mencium tangan ayah & emak memohon ampun maaf sebaik saja kami selesai berjemaah dan menerima amanat paling penting untuk diri kami . Alhamdulillah , tahun ini menjadi Syawal Yang Terindah buat kami .
Sayu hati memikirkan kehidupan ini akan terus berjalan dan semakin hari , semakin jauh orang tersayang meninggalkan kita . Biarpun muncul kasih sayang lain yang hadir di dalam kehidupan ni , tak mungkin akan melenyapkan kasih sayang yang sedia ada . Yang pasti apa yang aku pelajari dalam perkara-perkara yang terjadi 2-3 tahun kebelakangan ini amat bermakna . Siapa sangka , yang buruk itu telah membawa 1001 kebaikan dalam hidup ini . Buat mereka , terima kasih atas penghinaan yang membawa kebaikan .
Doakan Syawal akan datang , akan lebih baik dari Syawal kali ini ........
Hafiz - Apit
Photographer & Designer
Pesona Senifoto
+60125093750
http://pesonasenifoto.fotopages.com
: duracoza
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Oct-2007 06:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAMAT HARI RAYA !
|
|
Salam - Aku rasa dah tak terlalu awal dah kot untuk kita nak ucapkan salam lebaran sesama kita . Tinggal 8 hari je lagi untuk Ramadhan bersama dengan kita . Sedih nya ramadhan kali ini ( hingga saat post ini ditulis ) aku belum lagi sempat nak berbuka dengan family aku di kampung walaupun kampung aku 40 minit jek dari umah aku . Adus , bersalah betoi rasa .
InsyaAllah esok atau malam nie aku nekad balik kampung gak . Wedding album ampa tunggu lah dulu , bagi masa 3 hari untuk aku bercuti . Nanti aku balik akan aku ROKETKAN album tuh . Lagipun tinggal satu je lagi album yang tak siap . So hopefully sebelum raya insyaAllah semua akan settle .
Perkembangan semasa , album OP for my engagement dah dapat . So skrg tengah review and cuba design slow-slow . Planning for this album is for GIANT SIZE ALBUM . So hopefully lepas raya akan ada masa untuk mengadap benda nie . Anything else .... ?
Hafiz - Apit
Photographer & Designer
Pesona Senifoto
+60125093750
http://pesonasenifoto.fotopages.com
: duracoza
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Sep-2007 15:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FMDC Northern Region - Sesi Berbuka Puasa + Street Shooting + TT
|
|
Alhamdulillah , 29 September 2007 telah selesai sesi Majlis Berbuka Puasa bagi FMDC Northern Region di Hotel Sri Malaysia , Sungai Petani . Terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi ini terutama En. Silmi yang menjadi org "tulang belakang" dalam program ini . Tahun depan organize lagi ek ..?
Ramai gak yang hadir pada malam tuh , dari pelbagai pelusuk dan studio fotografi . Hebat-hebat belaka hampa noooo.....
Antara yang hadir pada malam itu ...... ( antara je ekkk , nanti ampa tanya plak napa gambaq ampa takda . hahahaha )
Sesi pada petang itu dimulakan dengan sesi melayan Polis memberi saman kepada tuan punya kereta yang dok parking tepi-tepi jalan sekitar jam besaq sambil menuggu tetamu-tetamu kehormat hadir . Then di teruskan dengan sesi menembak jalanan di pasar ramadhan berhampiran jam besaq Sg. Petani .
Dah selesai kat situ ..... sempat sesambil berjalan ke Hotel Sri Malaysia , aku sempat melayan landasan ketapi ni kejap .
And then , barula kami selamat makan ...... muhahahah ......Sesi selepas berbuka di sambung dengan sesi TT di Nasi Kandar Pelita and time nie di gunakan sepenuhnya untuk membelasah Lense kawan-kawan .. kah kah kah ..!!!
Letih la nak type bebanyak ..... akhir kata ........
Mengintai Bulan Bintang
Dlm post nie gak nak aku selitkan aktiviti aku menjelang pertengahan Ramadhan . Duk kat umah boring-boring aku melihat langit luas . berbekalkan selarang senapang Nikon , aku menembak raja di langit pada malam itu , biar pun sedikit tersasar , namun pedihnya boleh di rasa ....
Hafiz - Apit
Photographer & Designer
Pesona Senifoto
+60125093750
http://pesonasenifoto.fotopages.com
: duracoza
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Sep-2007 04:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
: salam RAMADHAN :
|
 |
|
Ini Je Aku Sempat Wat
|
|
|
Assalamualaikum wbt ..
Straight to da point , Salam Ramadhan AL Mubarah 1428 H untuk kalian semua . Semoga ramadhan kali ini memberi lebih keberkatan kepada kita semua .
Ramadhan kali ini juga aku akan menyambut ulangtahun pertama "Senjata Cari Makan" aku , dan insyaAllah kemungkinan akan menerima cahaya mata "Senjata Cari Makan" yang seterusnya tidak lama lagi .
Kesempatan ini jugak aku nak ucap sesiap Selamat Hari Raya kalo-kalo aku tak berkesempatan untuk ucap nanti , so aku ucap awal-awal pasal dijangka aku akan sibuk tak lama lagik .
so ... Salam Ramadhan !
| Quote: | | Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- |
Hafiz - Apit
Photographer & Designer
Pesona Senifoto
+60125093750
http://pesonasenifoto.fotopages.com
: duracoza
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Sep-2007 03:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Where Is The L O V E ?
|
|
Pertama sekali sedekahkan Al-Fatihah but adik Nurin ........ Al-Fatihah .............................
Semalam lepas berbuka , tgk berita di TV3 pihak polis telah mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai di dalam beg sukan adalah mayat adik Nurin Jazlin Jazimin melalui Ujian asid deoksiribonukleik ( DNA ) . Walaupun pihak keluarga masih lagi meragui keputusan yang dikeluarkan , namun yang pasti seorang kanak-kanak telah tekorban.
Biarpun sapa mayat kanak-kanak tersebut namun yang pasti perbuatan ni adalah AMAT KEJAM + ZALIM and tak bleh di terima lansung oleh masyarakat. Bak kata pensyarah Etika Profesional aku dulu . " Perbuatan yang menyalahi terma-terma moral dan etika di dalam masyarakat " . Aku dok cari-cari lagik perkataan yang sesuai untuk aku gelar kepada pembunuh ni , tapi still tak jumpa-jumpa sebab perbuatan dia tuh atas lagik daripada perkataan yang aku ada .
" Dah la hijau ! bodoh ! hodoh ! tak skolah ! gigi tubik ! " adalah ayat femes di kalangan member aku , tapi belum cukup 'KICK" nak guna kat pembunuh tuh . Sememangnya mangkuk ayun betoi la sapa yang buat tuh . Arghhhh..... Tensen ..... tensenn .... EeeEEEeee .. geram .. !!
| Quote: | | Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kezaliman itu akan mendatangkan kegelapan pada Hari Kiamat kelak |
Hafiz - Apit
Photographer & Designer
Pesona Senifoto
+60125093750
http://pesonasenifoto.fotopages.com
: duracoza
* Gambar di atas sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan apa yang aku bebel ! ( Pic From Desa - Edited By Me )
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 13-Sep-2007 15:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
GENERASI
|
|
Alhamdulillah - Projek untuk menyediakan gambar ukuran kad pengenalan bagi SKPJ telah separuh berjaya dilakukan. Part yang paling kritikal is untuk shoot, and that part dah selamat berlansung selama 2 hari. Terima kasih pada semua yang menjayakan sesi kali ini . Seramai lebih 600 pelajar berjaya di'tembak' .
Proses telah berada pada tahap FINALIZE . Gambak telah diuji pencetakan dan tiada masalah besar untuk mendapatkan warna yang aku nak. So basicly semua under control and semua teratur .
For my update , wedding photo I am still struggling utk mengedit gambar anda semua . and semua berjalan seperti yang dirancang .
Bulan Ramadhan dah menjelma . This year tak sempat lagik nak buat kad raya . Hopefully by the end of this month dapat curi-curi masa untuk send kad raya . Even bleh design kad raya mcm mana kita nak , aku tetap suka pos kat raya yang aku beli kat kedai . Hahahahahahahaha
Salam Ramadhan Al-Mubarak !!
Apit a.k.a Hafiz
+60125093750
http://duracoza.fotopages.com
: duracoza
|
|
|
|
|
|
| Friday, 7-Sep-2007 03:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Life After ........
|
|
" Bila nak berlansung ? " ...... is the most popular question yang aku hadapi since get engaged . Rileks le geng , baru bertunang . Honestly , aku sendiri kalo boleh nak percepatkan apa yang patut, but terdapat a few things yang tak dapat nak dielakkan and kami sekeluarga and also her family terpaksa tunggu . So apa yang perlu dibuat sekarang is maintain pulun my business habis-habisan sementara masih "FREE" .
Next week akan ke Utara untuk shoot about 600-700 student for their school matrix card . Hopefully everything akan berjalan lancar . If everything is perfect , chance to get yearly contract akan lebih cerah and hopefully dapat buka lebih banyak minat pada sekolah-sekolah yang lain .
Semalam yang bosan memaksa aku membelasah set lighting yang aku baru beli . Model ? tak payah cakap . Muhahahahahahahahahaha .. !!
Photographer & Designer
Apit a.k.a Hafiz
+60125093750
http://pesonasenifoto.fotopages.com
: duracoza
|
|
|
|