Want your
own Fotopage?














 
Me-apit-BeutifOOL

By: apit pet

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Oct-2007 14:36 Email | Share | Bookmark
Yang "TERINDAH"

 
 
 
 
 
 


Ramadhan telah meninggalkan kita . Kunjungan Syawal memberikan kita seribu makna, tangan dihulur dan maaf dipinta menambahkan lagi seribu makna Syawal pada diri kita . Begitu juga aku , tahun ini Syawal yang tiba merupakan "Syawal Yang Terindah" buat kami sekeluarga.

Dalam tak sedar , Syawal kali ini berkemungkinan adalah Syawal kami yang terakhir kami bersama bagi 2-5 tahun akan datang . Kali terakhir kami beraya bersama ketika angah belum melanjutkan study di Al-Azhar , Mesir . Tahun depan angah sekali lagik akan terus mencari ilmu di bumi Mesir untuk tahun-tahun berikutnya . Fatin plak , InsyaAllah akan terbang ke Amerika Syarikat tahun hadapan mencari ilmu . So , Syawal 2-5 tahun yang akan datang terpaksa la disambut tanpa Angah & Fatin .



Syawal tahun ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah di rumah , Alhamdulillah di imamkan oleh ayah . Sesudah keheningan subuh dipecahkan oleh bacaan doa ayah , ayah mengalirkan air mata memberi nasihat kepada kami , anak-anak . Deraian air mata emak membuatkan kami bertambah sayu tatkala ayah tak henti-henti menyampaikan nasihat dan merayu agar kami bersatu walau apa jua yang terjadi nanti . Aku selaku yang sulong diminta memastikan ikatan kami sentiasa berkekalan walau tanpa ayah & emak .

Syawal kali ini aku mencium tangan ayah & emak memohon ampun maaf sebaik saja kami selesai berjemaah dan menerima amanat paling penting untuk diri kami . Alhamdulillah , tahun ini menjadi Syawal Yang Terindah buat kami .

Sayu hati memikirkan kehidupan ini akan terus berjalan dan semakin hari , semakin jauh orang tersayang meninggalkan kita . Biarpun muncul kasih sayang lain yang hadir di dalam kehidupan ni , tak mungkin akan melenyapkan kasih sayang yang sedia ada . Yang pasti apa yang aku pelajari dalam perkara-perkara yang terjadi 2-3 tahun kebelakangan ini amat bermakna . Siapa sangka , yang buruk itu telah membawa 1001 kebaikan dalam hidup ini . Buat mereka , terima kasih atas penghinaan yang membawa kebaikan .

Doakan Syawal akan datang , akan lebih baik dari Syawal kali ini ........



Hafiz - Apit
Photographer & Designer
Pesona Senifoto
+60125093750
http://pesonasenifoto.fotopages.com
: duracoza


tiada per yang lebih bermakna selain dapat bersama keluarga di hari raya....cam aku nie, walaupun hari-hari aku balik kampung, but when it comes 1 syawal, mesti feel tu jadi lain... bertapa bertuahnya aku berada di samping mereka............ Fri 19-Oct-2007 03:30
Posted by:laila
slamat hari raya... 21st oct ni jgn lupa mai umah. ajak family skali. dan yg paling penting... bawak PEZEN besaq2... mmmuahahaha!!! Fri 19-Oct-2007 08:05
Posted by:mummy sofie  - [Link]
woooo.....gambaq avatar hg yg ataih 2 edit ganaih tahap dewa2 galaksi ke 8 dah tue.....cempoi gila.....mavles Fri 19-Oct-2007 17:39
Posted by:''pencari*kitab*cinta*terindah'' zaminomar@gmail.com  - [Link]
tagging baru kat atas tue..aku ingat designer mat salleh punya fotopages.
dah masuk vektorisma dah nie..aku jugak masih belum menguasai editing tahap dewa cam hang apit.
editing mmg takleh lawan dah ngan hang....
Fri 19-Oct-2007 17:43
Posted by:arie_gaban  - [Link]
Patut la sekian lama aku rasa tak puas ati jerk masuk fp nih

tau kenape? pasal owner fp nih aku rasa mcm kenal...
tapi tak berani la plak nak tegoq..pasai takut silap orang...

dah plak tuh asyik komen fp tunang aku jer plak..fp aku nak jenguk2 pon cam tanak jerk...

tapi pada satu harik...aku lepak2 ngan manap ngan chock(shukri)... memember aku budak mashoor ...

skalik manap memberitahu mengenai engkau yang rupanya jugak budak mashoor...
akhirnya persoalan aku terjawab...

engkaulah apit member se batch al mashoor aku...tapi ko da tak kenai aku..siut...

selamat re-union...jodoh mempertemukan kita...

hahahaha~!!!
Sun 21-Oct-2007 09:53
Posted by:devilishing XXX  - [Link]
selamat hari raya bang..huhu..salam dari morocco..huhu..sedih jugak tak pat balik raya..ape pon..gambar lawo gak.. walau pon time raya.. Sun 21-Oct-2007 19:13
Posted by:::arrembawi::  - [Link]
salam aidilfitri....tq for the nasik impit yg incik bawak kat opis aritu,...heheh
http://farisabdullah.fotopages.com/
Tue 23-Oct-2007 03:58
Posted by:farislahpulak  - [Link]
salam aidilfitri....tq for the nasik impit yg incik bawak kat opis aritu,...heheh
http://farisabdullah.fotopages.com/
Tue 23-Oct-2007 03:59
Posted by:farislahpulak  - [Link]
memandangkan syawal masih ada... saya pon nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri..
hehehe..
Wed 7-Nov-2007 08:37
Posted by:MiSz^ErMa ema_elyna@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.